Friday 19 January 2018

HABISLAH! LIM GUAN ENG DAN SHAFIE APDAL BAKAL DIPANGGIL SPRM SEMULA?




1. Dua kes yang menarik menjadi perhatian umum Disember 2017 dan Januari 2018 ialah kes rasuah pembelian tanah RISDA RM155 juta melibatkan Dato’ Seri Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan Peguam Michael P Ubu. Satu kes lagi ialah Terowong Dasar Laut Pulau Pinang RM6.3 bilion yang telah diintai lama.

2. Kedua-dua kes ini akhirnya menahan reman pelbagai pihak yang terlibat. Peter Anthony ditahan reman selama 7 hari bermula 5 Januari lalu manakala Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli CEO syarikat Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd dan Datuk Ewe Swee Kheng Timbalan Pengerusi Syarikat Ewein Berhad direman SPRM 10 Januari lalu. 

3. Bagi kes mencuri dana deposit RM15.5 juta RISDA Peguam KDM Michael P.Ubu telah melarikan diri ke luar negara dari disiasat SPRM. Sebab apa? Takut bersalah. Jika dia ditahan Shafie Apdal dan Peter Anthony akan ditimpa masalah. Saksi-saksi di RISDA yang memberi maklumat pastinya akan dilindungi. Paling penting Shafie dan Peter ditangkap dan dituduh dimahkamah nanti.

4. Bagi kes Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng sedang bersilat menepis semua peluru yang sedang menembaknya. Mampukah Lim Guan Eng? SPRM menyapu semua kroni Lim Guan Eng dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC)

5. Sehingga 16 Januari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu 27 lokasi termasuk terbaru lapan syarikat di sekitar Selangor dan ibu negara melibatkan syarikat perunding kejuruteraan yang menjalankan kajian bagi pembinaan terowong tersebut.

6. Sebelum ini, SPRM telah me­nyerbu 19 lokasi sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur termasuk pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan menyita dokumen yang berkaitan projek pembinaan terowong sepanjang 7.2 kilometer itu.

7. SPRM telah merekodkan keterangan daripada lebih 20 saksi membabitkan pegawai-pegawai Pejabat Kewangan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Perancangan Ekonomi Pulau Pinang, Pejabat Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian dan pengarah urusan syarikat.

8. Paling menarik siasatan juga dibuat kepada syarikat fesyen Voir Holdings Berhad yang memiliki 13.21% pegangan saham di dalam konsortium Special Vehicle Company (SPV). Pembinaan Terowong RM6.3 bilion bermula dari syarikat memperolehi kontrak, konsultan malah syarikat yang melakukan kajian kebolehlaksana­an mempunyai kaitan dengan syarikat pemaju Datuk Zarul selaku proksi Lim Guan Eng. 

Jerung bakal dipanggil SPRM

9. Hanya dua orang politik besar belum dipanggil iaitu Dato’ Seri Shafie Apdal Presiden Warisan bekas Menteri KKLW (kes RISDA) dan juga Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang. 

10. Kemungkinan besar Exco Kerja Raya Pulau Pinang, Lim Hock Seng juga bakal dipanggil memandangkan beliau yang membentangkan dalam Sidang DUN mengenai pembayaran beratus juta kepada Konsortium Zenith. 

11. Dalam kes RISDA Shafie Apdal mengarahkan wang deposit RM15.5 juta itu dikeluarkan untuk diagihkan kepada pihak yang terlibat. Datuk Peter sebagai orang tengahnya


12. Dalam kes Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng terlalu banyak berdolak-dalik wal hal kuasa dia sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang terang-terang melaksanakan projek meragukan, pembayaran tinggi malah punya kepentingan bersama pemilik syarikat. SPRM semakin hampir!


Tak lama lagi pasti Lim Guan Eng bakal dipanggil SPRM. LGE takut kebocoran maklumat media. Dia harus menikmatinya sebagaimana orang lain yang LGE dan DAP tuduh
13. Tahniah SPRM! Rakyat Malaysia sedang menanti SPRM memanggil Lim Guan Eng dan Shafie Apdal. Jika SPRM tidak menahan atau mereman mereka pun pastinya muka depan akhbar “SPRM tahan Lim Guan Eng” Shafie Apdal ditahan SPRM!.

14. SPRM perlu jalan terus. Jangan peduli kritikan pembangkang. Kami rakyat Malaysia terus menyokong SPRM. Kami hanya mahu melihat kejayaan SPRM. Jom makan pop corn!

Captain M
19 Januari 2018


5 comments:

  1. moga dipermudahkan ditangkap

    ReplyDelete
  2. Mo1 bila nak siasat pulak..takut kena simen ker?wakakakakak

    ReplyDelete
  3. Ko tangkap la...Hahaha

    ReplyDelete
  4. Auta saja lebih. Dah dekat 2 minggu dah. Bila mahu tangkap

    ReplyDelete