Tuesday 11 April 2017

RM155.4 JUTA HAMPIR LESAP, 10% MASUK POKET SHAFIE APDAL & PETER ANTHONY TETAPI RISDA TIDAK LAPOR SPRM?




1. Sumber dalaman RISDA memaklumkan selepas dilaporkan kepada pihak polis pada Mac 2016 berhubung wang pendahuluan RISDA RM15.5 Juta lesap oleh firma guaman Micheal UBU & Co milik Naib Presiden KDM yang juga Peguam Peter Anthony kes itu tidak pernah dilaporkan kepada SPRM. 




2. Ia tidak menghairankan kerana sebelum ini seorang blogger bernama Musli Oli pernah mendedahkan perbualannya dengan Pengerusi RISDA berhubung kes wang pendahuluan itu dalam Facebooknya. Jika memberi peluang kepada syarikat dan peguam membayar balik serta ada pihak dari RISDA yang meluluskannya atas arahan Shafie Apdal ketika itu ia jelas salah guna kuasa dan terdapat pihak yang mendapat komisen dari wang pendahuluan itu!. Persoalannya mengapa rasuah dan salahguna kuasa Shafie Apdal, KP RISDA, Peter Anthony dan Peguam itu tidak dilapor kepada SPRM?




3. Risda hampir lesap RM155.4 juta dana kerana usaha jual beli tanah NCR di Daerah Tongod Sabah seluas 2,428 Julai 2014 oleh 'orang tengah' dan juga proksi Shafie Apdal Datuk Peter Anthony yang juga kini Naib Presiden Parti Warisan Sabah. Manakala RM15.5 juta lesap wang pendahuluan yang diamanahkan kepada Firma Guaman milik Michael P. Ubu iaitu Michael UBU & CO (proksi Datuk Peter Anthony - Dulu SUA KDM kini Naib Presiden KDM) hingga kini status pecah amanah ini tidak pernah didedahkan oleh RISDA. Ada penipuan, tangkapan, pendakwaan atau salah guna kuasa atau tidak?

Apakah Pengurusan RISDA sebelum ini terlibat? tak mungkin wang pendahuluan dibayar tanpa kelulusan Pengerusi atau KP RISDA yang lama. 

4. Captain M sebelum ini sudah mendedahkan perkara ini dalam entry; sila baca di sini;




5. Captain M bangkitkan semula isu ini kerana percaya SPRM pasti telah menjalankan siasatan awal bagaimanapun bukti-bukti perlu dicari serta didedahkan agar SPRM dapat bertindak dari maklumat yang diberikan. Pengerusi RISDA sewajarnya melaporkan isu salah guna kuasa ini kepada SPRM paling tidak memberikan kerjasama menyerahkan dokumen berkaitan memaklumkan penglibatan Shafie Apdal dan pegawai terlibat. Janganlah demi melindungi siapa yang terlibat maka kes ini seakan-akan ditutup!.

Alang-alang heret Shafie, heret terus ke jalanan!

Captain M
11 April 2017

4 comments:

  1. Harap..perkara yang Captain M bongkar tentang skandal Shafiee bedal ni..akan..diberi perhatian.oleh SPRM..walau dah berkali kali Captain M bongkar..masih SPRM tiada tindakan..ini yang menghairankan..tak pelah..mungkin Allah belum izinkan..rakyat Sabah perlu banyak berdoa biar bekas menteri yang korup ini akhirnya..diadili..demi..menjaga maruah Kerajaan Pusat.yang sebenarnya prihatin terhadap rakyat Sabah tapi malang..telah diselewengkan..sesukanya oleh bekas menteri tersebut

    ReplyDelete
  2. sabar. pasti ada. SPRM mungkin perlu sedikit masa sesuai. Kita nantikan sahaja. pasti menarik

    ReplyDelete
  3. Captain Spin,
    Dah masuk minggu kedua dah ni, bila la pegawai KKLW nak kena tangkap olih SPRM. Atau is nya auta saja

    ReplyDelete

TERKINI: SENARAI PENUH KABINET MALAYSIA